HEBAHAN
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini mula di tubuhkan pada
5 Januari 1936.Dikenali
dengan gelaran “Ismail English School”(IES)dibawah satu pengurusan dengan
sekolah menengah.Pada tahun 1998 nama
sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1
dan berkekalan sedemikian hingga ke hari ini. Pada tahun 2014 sekolah ini telah diiktiraf
sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) KPM.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2017
Hari Guru tiba lagi. 16 Mei setiap tahun, semua guru di seluruh Malaysia akan meraikannya. Untuk Tahun 2017, sekali lagi Guru : Pembina Negara Bangsa dipilih untuk tema sambutan kali ini.
Sebagai rekod, tema ini telah diguna pakai pada tahun 2009, 2010 dan 2016. Boleh rujuk SINI.
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa
Definisi
Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.
Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.
Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
Sebagai rekod, tema ini telah diguna pakai pada tahun 2009, 2010 dan 2016. Boleh rujuk SINI.
- Huraian Tema Hari Guru 2017